Berdiri Teguh, Semula.

Dasar Renungan | 1 Yohanes 2:9-17 

Siapakah dalam kalangan kita yang tidak pernah melakukan kesalahan?

Siapakah dalam kalangan kita yang tidak pernah jatuh walau sekali disaat menghadapi tentangan terbesar dalam kehidupannya?

Saat kita menghadapi tentangan terbesar dalam hidup kita, adakalanya kita tidak dapat bertahan dan seringkali kita jatuh kerana kita terlalu lemah menghadapi tentangan itu. Kelemahan ini tidak bermaksud bahawa tiadanya penyertaan Tuhan dalam kehidupan kita. Kelemahan ini mungkin berpunca daripada tindakan kita yang bergantung pada diri sendiri tanpa menyedari kehadiran Tuhan. Justeru, iblis dengan senang sahaja mempengaruhi kita masuk dalam perangkapnya kerana dia tahu kita tidak akan mampu bertahan tanpa penyertaan daripada Tuhan. Kita gagal, jatuh kerana perangkap iblis itu. Kita kecewa dan merasa malu untuk menghadap Tuhan kerana kita tidak mempedulikan penyertaan Tuhan.

Namun, kita bersyukur kerana Dia tidak pernah meninggalkan kita. Bahkan disaat kita lemah dan tidak berdaya Dia terus berada disamping kita menghulurkan tangan-Nya dan membantu kita untuk bangun dan berdiri teguh semula. 

Sebagai anak Tuhan, peluang yang kita dapat ini sangat berharga dan janganlah kita mensia-siakan anugerah yang Tuhan telah berikan kepada kita. 

Lord, I get discouraged when I've given again to one of satan's schemes. 
I'm thankful, though, that Christ paid for that sin on the cross. 
Help me to confess it and then to keep on relying on You for my spiritual growth. 
Amen

Comments

Popular Posts