Memori yang menguatkan kita

Baca | Yosua 4: 1-6 , 20-24

Tuhan sentiasa setia dan Dia tidak akan pernah meninggalkan kita.
Kekadang, apabila kita hampir putus asa dan hilang harapan akan hari yang bakal tiba, ingatlah akan segala kebaikan Tuhan dalam kehidupan kita. Ingatlah akan perbuatanNya yang ajaib, berkat dan kejayaan yang pernah Dia berikan kepada kita.  Ingatan ini akan menguatkan lagi iman kita terhadap janji Tuhan yang akan memberikan kita masa depan yang penuh harapan dan bukan kecelakaan. Memori itu menjadi bukti bahawa Tuhan akan tetap setia kepada kita hari ini, esok dan selama-lamanya.

Yesus Kristus,
Selama saya hidup diatas muka bumi ini, ingatkan saya akan segala memori yang saya pernah lalui bersamaMu agar saya tidak akan pernah lupa akan kebaikanMu dalan kehidupan saya. Terima Kasih Yesus.

Comments

Popular Posts