Thank God List

Selamat pagi!!!
Mulai 20/12/2012, genaplah sudah usia 23 tahun saya. 

1. Saya bersyukur kepada Tuhan atas segala berkatNya yang sentiasa melimpah dalam kehidupan saya selama saya hidup. 

2. Saya bersyukur kerana dilahirkan dalam sebuah  keluarga yang mengenal dan mengasihi Tuhan. 

3. Saya bersyukur kerana ditempatkan dalam sebuah komuniti (kawan-kawan) yang majoriti mengenal dan mengasihi Tuhan.

4. Saya bersyukur atas pimpinan Tuhan sepanjang perjalanan hidup saya, diwaktu saya mengalami pergumulan yang sangat besar dan dia sering menopang saya dan membantu saya bangkit semula.

5. Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyambung pelajaran ke tempat-tempat yang tidak pernah saya terfikir untuk pergi (Matrikulasi, Labuan) dan (Unimas, Sarawak).

6. Saya bersyukur untuk segala yang Dia telah berikan dalam hidup saya, yang paling terutama kerana Dia telah lahir dan telah mati bagi saya dan bagi semua manusia yang mengaku Dia sebagai Juruselamat. 

Banyak lagi perkara yang Tuhan lakukan untuk saya dan mustahil untuk saya menyenaraikannya dalam masa yang begitu singkat. 

Syukur pada Tuhan!!!

Comments

Popular Posts