Bukan saya, tapi Dia

Shalom semua, apa khabar? dan ya, selamat pagi!!!

Saya teringat akan anggapan saya akan pelayanan di gereja suatu waktu dulu dimana saya menganggap pelayanan itu merupakan satu tugas yang mesti saya laksanakan atas dasar tanggungjawab. Namun, lama kelamaan setelah melakukan pelayanan tersebut saya dapat merasakan tidak ada lagi keseronokan dalam melakukan pelayanan itu. Saya menyedari itu apabila saya tidak lagi mempunyai perasaan yang "excited" apabila menyebut tentang pelayanan itu dan pelayanan itu terbantut namun saya "bijak" menyembunyikan masalah itu daripada sesetengah orang. 

Syukur, beberapa orang dapat melihat "passion" saya yang semakin berkurangan dan mereka ada bertanya kepada saya. Respon saya, "Ya, benar. Saya seakan-akan tidak mempunyai "passion" untuk melakukan pelayanan itu lagi". Saya menyelidiki hati saya dan bertanya pada Tuhan, "adakah benar ini yang Engkau mahu aku lakukan?". Lalu saya mendapati bahawa selama ini saya tidak melayani untuk memuliakan Tuhan dan pelayanan yang saya lakukan ini hanya semata-mata sekadar melaksanakan tugasan saya sebagai pelayan dalam pelayanan itu. Saya tidak memikirkan bahawa saya sepatutnya melakukan ini untuk Tuhan dan bukan untuk diri saya sendiri. Saya mahu mencari yang baik untuk diri saya sahaja tetapi saya tidak memikirkan adakah saya sudah melakukan yang terbaik untuk Tuhan.

Saya telah mengubah "mindset" saya dan saya akhirnya meletakkan Tuhan Yesus sebagai objektif utama mengapa saya melayani. Saya mahu memberikan yang terbaik dalam setiap pelayanan saya dan itu semua hanya untuk memuliakan nama Yesus sahaja. Kita tidak pernah lari daripada proses pembelajaran dan kita sentiasa ada ruang untuk membaiki diri kita hari demi hari.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda merasakan yang sama seperti yang saya rasakan? Adakah anda merasakan apa yang anda lakukan sekarang hanya sekadar melaksanakan tugasan yang diberikan tetapi tidak memberikan sepenuhnya kepada Yesus?


Comments

Popular Posts