Iman kita
Antara hal yang menjadi keutamaan bagi seorang Kristian ialah Iman. Iman itu adalah dasar dari segala sesuatu yang kita harapkan dan bukti dari segala yang tidak kita lihat. Jadi, sekiranya kita percaya kepada Yesus Kristus maka itulah iman kita. Namun saya tidak akan berbicara mengenai definisi Iman. Saya mahu mengongsikan kesaksian saya berdasarkan apa yang saya alami selama ini.
(Baca Roma 1:23, sebagai dasar)
Saya dengan jujur mengatakan bahawa selama ini iman saya terlalu bergantung dengan perasaan saya sahaja. Saya mengabaikan Tuhan dengan meletakkan bahagian iman saya terhadap persekitaran saya (termasuk manusia dan benda-benda yang tidak bernyawa). Tapi, kita seharusnya menujukan iman kita itu hanya kepada Yesus Kristus sahaja. Kita tidak boleh bergantung kepada manusia yang fana. Hal ini kerana Kemuliaan Allah tidak boleh "dijual-beli". Segala Kemuliaan itu hanya kepada Dia.
Iman kita harus terus tertuju kepada Allah sahaja.
Sumber rujukan : Roma, Ibrani 11:1, Kitab Perjanjian Baru Versi Terjemahan Indonesia.

Amen bro! "for everyone born of God overcomes the world. This is the victory that has overcome the world, even OUR FAITH. Who is it that overcomes the world? Only the one who believes that Jesus is the Son of God." 1 John 5:4-5. God bless you and thanks for sharing ^^
ReplyDelete