Garam dan Terang Dunia
(Baca : Matius 5:13-16)
Minggu lalu, saya sempat mengadakan persekutuan bersama dua orang teman. Kami ada membincangkan / berkongsi mengenai beberapa hal (Renungkan pembacaan Matius 5:13-16).
Hal ini berkenaan kita yang sebenarnya adalah garam dan terang dunia. Kita bukanlah garam jika kita sudah kehilangan kemasinan garam itu. Hal yang sama juga iaitu kita bukanlah terang jika kita tidak lagi bersinar. Tidak akan ada istilah GARAM YANG TAWAR dan TERANG YANG TIDAK BERCAHAYA. Ini BUKAN GARAM dan juga BUKAN TERANG.
Jelas tersurat dan bukan tersirat bahawa kita sebagai garam dan terang dunia seharusnya mengasinkan dan menerangi dunia. Pada masa yang sama, kesaksian hidup yang baik menjadi tuntutan bagi orang Kristian.
Pada awal perkongsian ini, saya hanya memahami beberapa konsep yang sebenarnya telah saya pelajari sebelum ini. Namun, kami mendapati kelainan dalam ayat 16.
" Demikianlah hendaknya terangmu bercahaya di depan orang, supaya mereka melihat PERBUATANMU yang baik dan memuliakan Bapamu yang di Syurga."
Sekiranya anda sedar, ianya agak sama dengan memberikan kesaksian hidup yang baik kepada semua orang. Akan tetapi, kita harus menambah satu lagi iaitu perbuatan baik. Perbuatan yang baik adalah seiring dengan kemuliaan kepada Allah. Jika kita berbuat baik maka Allah akan dimuliakan , begitu juga sebaliknya. Perkara jahat yang kita lakukan akan menyebabkan orang lain menghina Allah. Itu tidak boleh berlaku, sebab hidup kita mesti sentiasa memuliakan Allah, benar?
Hanya setakat ini sahaja buat masa ini. Saya akan update jika ada sesuatu terlintas di fikiran saya. Selamat menjalani kehidupan yang luar biasa kerana kita punya Yesus yang sangat luar biasa.
p/s : Saya sedar saya sering berkata tentang Kemuliaan Allah.

Nice... God Bless You
ReplyDelete